Monday, May 6, 2013

Tunggu

Semalam punyalah lama aku menanti
Sampai dah lewat hari
Kenapa kau masih tak menghubungi
Dan mulalah sangsi meracuni diri
Apa kau sedang buat agenda sendiri?

Ini memang tak boleh jadi
Ku fikir kau dah pasang yang satu lagi
Biasalah aku memang suka men-psiko diri
Suka berfikir yang tak diingini
Kemudian mula meroyan sendiri
Sampai kau pun dah malas nak layan emo ku lagi

Apa semua perempuan memang begini
Selalu saja tak yakin diri
Atau hanya aku saja yang berperangai gila babi
Suka cemburu membuta tuli
Hingga kau pun dah naik lali
Malas nak layan aku punya drama melankoli
Sungguh bila difikir memang lucu dan bodoh sekali
Bodoh ke tahap infiniti dia punya pergi

Sayang
Rupanya kau dah jauh dibuai mimpi
Awal-awal lagi dah tak sedarkan diri
Lelah ke sana ke mari di siang hari
Mimpimu mungkin bertemu sang bidadari
Hingga hanyut tak ingat dunia realiti
Tak apalah, asal kau masih ingat nak hubungi ku esok hari


Benar,
Aku yang suka psiko diri sendiri



Takut


Semalam aku mimpi
Memang betul punya ngeri
Tentang cinta mu kau bawa pergi
Jauh kau bawa hatimu lari

Walau itu cuma dalam mimpi
Aku takut kau dah tak sayang ku lagi
Terfikir macam mana hidup aku nanti
Kalau betul kau dah tak ada di sisi

Bukan takut tak mampu berdikari
Kerana selama ini memang semua ku urus sendiri
Bukan takut dah tak ada yang sayang lagi
Cuma hatiku tak mungkin terbuka lagi

Bukan takut tak dapat cari pengganti
Aku pun tidaklah buruk sangat hingga tiada yang sudi
Tapi yang datang tak mungkin sama dengan yang pergi
Hatiku mungkin tak seperti dulu lagi

Tanpa kau yang kucintai
Semuanya pasti tiada erti
Senyum ku pasti dah tak muncul lagi
Hidupku kosong tiada seri
Sedang tangisku pasti menghiasi hari

Sayang
Aku rindu kau brainwash aku
Aku rindu kau membebel kat aku
Aku rindu kau kata aku ego
Aku rindu kau marah aku
Aku rindu kita bergaduh

Aku rindu kau punya senyum
Aku rindu kau punya suara
Aku rindu mulut manis kau
Aku rindu kau bilang cinta padaku

Ahh.

Aku rindu semua tentang kau
Aku rindu semua tentang kita

Tengok
Sedangkan belum terjadi lagi (belum?)
Aku dah mula merindui

Sungguh
Aku takut hilang kau
Aku takut tiada lagi KITA.

Aku cinta kau. 
Aku perlu kau.
Aku mahu kau.

Aku takut.
Sesungguh sungguh takut.

Benar,
Aku yang ketakutan

Beza


Kau dan aku
Kita dua jauh beza
Malah mimpi kita pun tak pernah sama
Apa yang satukan kita cuma rasa

Terkadang beza itu memang renyah
Satu saat lain pula mengundang lelah
Terfikir adakah kita satu pasangan yang salah
Sedang hati menyulam mimpi paling indah

Kita memang dua persona
Yang tak mungkin menjadi sama
Tak perlu nak ubah apa apa
Kerana memang beza itu yang mengikat jiwa

Harap andai tiba satu masa nanti
Kita berdua berlaga diri
Jangan pula beza itu nanti
Memisahkan dua hati yang saling menyayangi

Kita adaptasi perbezaan ini
Walau ragu kadang membelenggu diri
Semoga dua hati menjadi sebati
Hingga sukar dileraikan lagi


Benar,
Kau yang punya